saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Kami berjanji melaksanakan tanggungjawab dan menjalankan peranan sebagai ‘agensi pusat’ yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam bidang Dakwah, Penyelidikan, Latihan, Pendidikan dan Pembangunan Sosial dalam menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-

  • Menyediakan empat hingga enam program dakwah dalam tempoh sebulan ke arah penghayatan Islam yang syumul di seluruh Sabah dan memastikan kemajuan pelaksanaannya mengikut perancangan. 
  • Melaksanakan kajian penyelidikan yang kompleks dalam tempoh dua bulan manakala bagi kajian yang mudah dalam tempoh satu bulan di Sabah.
  • Memberi maklum balas permohonan penganjuran program bersama sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari bekerja.
  • Memberi keputusan permohonan penubuhan kelas dan makluman penempatan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) selepas satu minggu berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa KAFA Negeri Sabah.
  • Memberi maklum balas terhadap aduan dan pertanyaan berkenaan Hal Ehwal Islam dalam tempoh tiga hari bekerja.
  • Memberi maklum balas permohonan penceramah dalam tempoh tiga hari bekerja.
  • Memaklumkan urusan pengambilan pelatih Pusat Latihan Dakwah dalam tempoh 14 hari bekerja selepas temuduga dijalankan.
  • Melayan dan menyelesaikan keperluan pelanggan dalam tempoh 30 minit secara bersemuka.