Profil

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) atau Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) ini telah dibangunkan pada bulan Oktober tahun 1979.

IMBASAN SEJARAH

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) atau Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) ini telah dibangunkan pada bulan Oktober tahun 1979. Semasa mula beroperasi ianya dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Pada era kerajaan Parti Berjaya menerajui pemerintahan negeri Sabah terdapat ramai penduduk Sabah yang telah memeluk agama Islam tetapi tiada usaha susulan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu tujuan utama pusat ini dibangunkan adalah untuk memberi bimbingan agama kepada golongan muallaf ini.

 panoramalama keningau

Panorama Lama IPDAS Keningau

 

Kemudian mulai bulan Jun tahun 1984, IPDAS telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan dan diuruskan pula oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjalankan operasi yang serupa.Sejarah awal penubuhan pusat ini adalah untuk memberikan bimbingan dan didikan agama Islam kepada masyarakat Sabah yang baru memeluk agama Islam. Sehingga kini matlamat tersebut masih diteruskan bahkan diperluaskan lagi kepada remaja Islam asal.

Jumlah peserta yang berjaya dilatih di pusat ini melebihi 5,000 orang. Lantaran peranannya yang sangat penting itu IPDAS terkenal di seluruh Sabah. Kini hala tuju IPDAS lebih mencabar dalam menempuh era Islam globalisasi. Serentak dengan itu IPDAS melangkah setapak kehadapan untuk menaiktaraf pengajian ke peringkat lebih tinggi setanding dengan keperluan semasa iaitu melaksanakan kursus peringkat Diploma Pengajian Islam & Dakwah dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) JAKIM Cawangan Sarawak.

keningau sekarang

Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau

 

Hasil resolusi Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Pusat-Pusat Latihan Jakim Cawangan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2012 yang dipersetujui oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri Di Jabtan Ketua Menteri Sabah, bermula bulan Mei 2012, IPDAS dijangka akan merekrut pelatih diploma secara sepenuhnya di bangunan IPDAS sendiri tanpa perlu ke IKMAS lagi.

VISI IPDAS

IPDAS membentuk insan beriman yang memahami, merealisasi dan dapat menyebar luas semua aspek ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW 

 

MISI IPDAS

Menyediakan kemudahan pembelajaran bersepadu yang merangkumi ilmu fardu ain, fardu kifayah dan ilmu kemahiran vokasional untuk melahirkan pendakwah yang berketrampilan dan berwibawa.

 

HASIL PEMBELAJARAN

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

kuliahkeningau   ikrar keningau

SYARAT

Muat turun Borang Permohonan Pelajar IPDAS disini

 

Borang yang telah lengkap diisi bolehlah dihantar ke:

Pengambilan Pelajar (SIJIL/DIPLOMA)
Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Jalan Kg. Menawo
Beg Berkunci No.12
89009 Keningau
Sabah

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami ditalian:

087-331868 / fax : 087-336087