saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Unit Pentadbiran Jakim Cawangan Sabah merupakan unit yang bertanggungjawab dalam membantu jabatan berkaitan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan pembangunan Jakim Cawangan Sabah.

 

Semua perancangan dan pelaksanaan aktiviti tahunan akan diselaraskan perbelanjaan kewangannya oleh unit ini bagi memastikan perbelanjaan yang dilakukan oleh setiap unit dan pusat latihan adalah mencukupi dan menurut arahan serta prosedur kewangan dari masa ke semasa. Sehingga tahun 2008, jawatan tetap yang diluluskan ialah seramai 108 orang dan bagi jawatan kontrak pula ialah seramai 24 orang.

 

Fungsi

 

a)   Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan 
   Jakim Cawangan Sabah.
   
b)  Melakukan pemantauan terhadap semua projek-projek pembangunan Jakim Cawangan
   Sabah.
   
c)  Menyelia pentadbiran dan kewangan pusat-pusat latihan Jakim Cawangan Sabah.
   
d)  Memberi khidmat nasihat, pandangan dan teguran dari segi perbelanjaan kewangan
   dan pengurusan pentadbiran dari masa ke semasa semua unit dan pusat latihan
   Jakim Cawangan Sabah.