saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada asasnya, Unit Dakwah dan Perhubungan Korporat merupakan unit yang amat penting bagi menjalankan fungsi utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

Unit ini juga bertanggungjawab membuat penyelarasan dan pelaksanaan dakwah yang dilaksanakan secara bersepadu dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) / Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan agensi-agensi kerajaan yang lain di peringkat persekutuan mahupun negeri.

 

Unit Dakwah dan PRO Jakim Cawangan Sabah bermula dengan organisasi Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) yang telah berkembang dari segi penambahan pegawai, aktiviti dan penubuhan Unit INDAH di Sabah pada tahun 1978. Pegawai pertama yang bertugas adalah Ustaz Mohd Saman bin Awang sebagai pegawai perhubungan institut tersebut di Sabah.

 

Beliau ditempatkan di ibu pejabat Majlis UgamaIslam (MUIS) Kota Kinabalu bagi membantu melaksana aktiviti-aktiviti dakwah dan penyelidikan Islam di Sabah. Tugasan utama beliau ialah mempertingkatkan penyelarasan aktiviti dakwah bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), agensi-agensi kerajaan, badan-badan dakwah dan NGO’s di negeri Sabah.

 

Pada asas penubuhannya adalah untuk menghayati konsep dakwah Islamiah yang menjadikan Islam sebagai Ad-din dan mendokong cita-cita dakwah bagi mencapai rahmat Allah di dunia dan keredhaannya di akhirat. Unit ini berperanan untuk menjalankan pelbagai bentuk dan kaedah dakwah berdasarkan latar belakang kumpulan sasar.

 

Peranan

 

Merupakan unit yang merancang dan mengurus pelaksanaan program dakwah Jakim Cawangan Sabah. Objektif utama unit ini ialah memastikan ajaran dan penghayatan Islam tersebar kepada pelbagi lapisan masyarakat di seluruh Sabah melalui kursus, seminar, bengkel dan ceramah yang dijalankan. Unit ini juga menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha meningkatkan syiar Islam di negeri Sabah khususnya.

 

Unit Dakwah juga bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiah melalui program kursus, seminar, wacana minda dan bengkel yang dijalankan di kalangan masyarakat kampung. Mesej dakwah disampaikan melalui ceramah mengenai keindahan Islam serta mengatur kelas-kelas pengajian di jabatan-jabatan kerajaan dan pusat-pusat pemulihan serta pusat tahanan.

 

Antara peranan lain unit ini adalah meliputi aspek-aspek berikut:

 

a)  Menyelaras aduan dan pertanyaan berkaitan hal ehwal Islam di Jakim Cawangan 
   Sabah
b)  Menjadi urus setia sesi kunjung hormat; dan
c)  Mengelola bahan pameran jabatan

 

Program

 

a) Ziarah Mahhabah                                                                                                     
b) Seminar Wacana Minda
c) Forum Hal Ehwal Islam
d) Kelas Bimbingan Saudara Baru
e) Seminar Wanita
f) Seminar Hari Kebesaran Islam

 

Perhubungan Korporat

a) Sesi kunjung hormat Jakim Cawangan Sabah ke agensi luar
b) Sesi kunjung hormat agensi luar ke Jakim Cawangan Sabah
c) Sesi taklimat agensi kerajaan, swasta dan NGO di Jakim Cawangan Sabah
d) Melaksanakan bengkel Perhubungan Awam Berkualiti

 

Keurus Setiaan

a)  Membantu melancarkan hal ehwal protokol dalam semua penganjuran program 
   utama jabatan ini
b)  Menetapkan standard dan format dokumen persuratan jabatan berpandukan INTAN, JPM
   dan JPA
c)  Penyelaras pameran Jakim di seluruh Sabah
d)  Menguruskan sidang media jabatan
e)  Menguruskan Majlis Penghargaan Jakim Cawangan Sabah Bersama Media