Ihtifal Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Kebangsaan Tahun 2012

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print
Created on 06 November 2012

JAKIM SABAH pic003

Ihtifal kelas al-quran dan fardhu ain (KAFA) peringkat kebangsaan bagi tahun 2012 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di Masjid al-Azim Melaka bermula pada 2 hingga 4 november 2012. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan negeri Melaka. Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu nasyid, tilawah al-Quran dan syarahan yang masing-masing terbahagi kepada kategori lelaki dan perempuan.

Semua negeri menghantar wakil untuk semua acara dengan jumlah kehadiran keseluruhan kontinjen-kontinjen negeri tidak kurang 500 orang. Majlis ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom(B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan majlis penutupannya disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali b. Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.