saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Unit KAFA diwujudkan apabila Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) mula diperkenalkan di Sabah pada tahun 1990.

 

Unit KAFA bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan program Kelas al-Quran dan Fardhu Ain bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun.

 

Peranan

 

a)  Merancang, melaksana, memantau dan melaporkan program Unit KAFA.
b)  Mengurus proses temuduga, pelantikan, penyambungan dan penamatan kontrak 
   penyelia-penyelia KAFA
c)  Mengurus pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
d)  Memproses tuntutan elaun Guru KAFA
e)  Menyediakan kursus (latihan) kepada Penyelia dan Guru KAFA

 

Unit ini beroperasi untuk mewujudkan suatu sistem kelas pengajian al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh Sabah. Memastikan semua kanak-kanak di negara ini yang berumur 6 hingga 12 tahun dapat membaca al-Quran denganbaik dan dapat mempelajari serta mengamalkan perkara-perkara asas yang menjadi fardhu kepada seseorang.

Program ini juga dijalankan untuk memperkukuhkan asas pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah kebangsaan bagi memastikan murid-murid di sekolah tersebut mencapai tahap yang tinggi dalam pendidikan agama Islam.

 

Program

 

Unit KAFA bertanggungjawab mengadakan Program Ihtifal KAFA di semua 23 daerah seluruh Sabah, Ihtifal KAFA Peringkat Bahagian sebanyak 6 kali merangkumi seluruh bahagian di negeri Sabah. Kemuncaknya majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah yang dilaksanakan yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

 

Selain itu, untuk mempertingkatkan lagi pengurusan KAFA antara lain telah mengadakan Kursus Induksi dan Pengurusan Jenazah Guru dilaksanakan kepada guru-guru KAFA pengambilan baharu. Kursus induksi ini dijalankan untuk memberi pendedahan tentang organisasi Jakim sekaligus menjelaskan tentang peranan dan tanggungjawab guru/penyelia KAFA dalam proses pengajaran dan aktiviti ko-kurikulum serta membimbing mereka tentang pengurusan jenazah (sebagai harapan masyarakat di daerah-daerah pedalaman) yang disandarkan kepada Penyelia dan Guru KAFA.

 

Antara program-program lain di Unit KAFA meliputi:

 

a)  Kursus Bahasa Arab, tulisan jawi dan pengurusan bilik darjah.
b)  Ihtifal KAFA peringkat daerah, bahagian dan kebangsaan.
c)  Kursus Pengajaran Iqra'
d)  Bengkel kurikulum dan peperiksaan peringkat negeri Sabah.

 

Statistik

Guru KAFA   : 1,894 Orang

Murid KAFA  : 56,930 Orang

Kelas KAFA   : 1,157 Buah