Jakim Cawangan Sabah Melancarkan Program Wacana Minda Tahun 2013

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print
Created on 18 Februari 2013

31 Januari 2013 (Khamis), Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah menganjurkan Program Pelancaran Wacana Minda Tahun 2013 bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu. Seramai 300 orang peserta  yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun telah mengikuti program tersebut.

antara peserta yang hadir
Antara peserta yang hadir

Sebanyak 12 siri Wacana Minda akan dilaksanakan pada setiap bulan dari bulan Januari hingga Disember 2013. Program ini disasarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, Agensi Islam Sabah, NGO Islam, unit beruniform, badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan dan swasta.

Objektif program ialah untuk memberi input baru dan nilai tambah kepada masyarakat berkaitan isu semasa, mengukuh penghayatan dan pengamalan masyarakat terhadap ajaran Islam yang sebenar serta memperkaya minda melalui perkongsian ilmu disamping membudayakan majlis ilmu dalam kalangan masyarakat.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Encik Ruji bin Ubi, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah mewakili Setiausaha Persekutuan Sabah. Turut hadir ialah Y.Bhg. Ustaz Norjeli bin Haji Dais, Pemangku Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta Pimpinan NGO Islam Sabah.

datuk haji ahmad muustafa sedang menyampaikan ceramah beliau
Datuk Haji Ahmad Mustafa sedang menyampaikan ceramah beliau.

Penceramah undangan ialah Y. Bhg. Datuk Haji Ahmad Mustafa bin Haji Karim, penceramah bebas memberi tajuk ceramah beliau “Keunggulan dan Keanggunan Rasulullah”. Program turut diserikan dengan Aluanan Salawat beramai-ramai, persembahan Qasidah oleh kumpulan Nurul Mustafa, pertandingan kuiz dan peserta bertuah.

persembahan kumpulan qasidah
Persembahan kumpulan Qasidah

antara pemenang kuiz wacana minda siri 1 2013Antara pemenang kuiz.