saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 26 November 2012 yang lepas, Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah telah melakukan kunjung hormat perpisahan ke pejabat Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Ia ekoran daripada Ustaz Zaki yang telah diarah bertukar ke Jabatan Agama Islam Selangor berkuatkuasa 1 Disember 2012. Secara ringkasnya, beliau telah berkhidmat sebagai pengarah di Jakim Cawangan Sabah selama setahun lapan bulan. Selama tempoh itu, pelbagai usaha dan idea bernas yang telah beliau curahkan demi perkembangan dakwah di bumi sabah ini.

knjungn hormat1  knjungn hormat5

YB Dato Sri Haji Nasir Bin Tun Haji Sakaran, Menteri JKM Sabah pula menyifatkan pertukaran Ustaz Ahmad Zaki ini sangat dirasai memandangkan beliau adalah seorang pendakwah sejati yang sangat aktif berjuang di negeri bawah bayu ini. Dato Sri Nasir turut mengharapkan gabungan ukhuwwah dan kerjasama yang telah erat terjalin antara Jakim dan kerajaan negeri ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Turut hadir dalam pertwmuan itu, Penolong Pengarah Unit Penerbitan Dan Perhubungan Awam Jakim Sabah, Ustaz Mohd Fadhli Bin Mohd Yusof dan Setiausaha Perhubungan Menteri di JKM Sabah, Encik Shamsolo Bharry Kairin.

  

knjungn hormat3 knjungn hormat4

knjungn hormat2