saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 02 dan 03 November 2012, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Tambunan dan Nabawan telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Saudara Baru bertempat di Kampung Libang Ulu, Tambunan dan Kampung Ria, Nabawan.

saudarabaru2

Objektif utama program ialah memberi bimbingan ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain, memberi motivasi dan sokongan moral serta menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Antara pengisian yang dijalankan ialah perbincangan mengenai tajuk ‘bersuci’, tazkirah, solat berjemaah, dan penyampaian sumbangan kepada saudara baru.

saudarabaru3Tazkirah oleh Pengarah Jakim Sabah di Kampung Libang Ulu.

Majlis perasmian dan tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Turut hadir ialah wakil JHEAINS Tambunan, Nabawan, Wakil USIA Nabawan, Penggerak Dakwah Tambunan, Tenom, PLD Keningau dan rombongan Jakim Cawangan Sabah.

Sebanyak 50 sumbangan berupa Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan keperluan dapur telah diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Tidak dilupakan sumbangan hamper kepada anak-anak yatim turut diagihkan.

saudarabaru1Antara peserta dikalangan saudara baru yang menerima sumbangan