saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 27 dan 28 Oktober 2012 yang lepas, Muslim Care Malaysia Society  dengan kerjasama Jakim Sabah menyusuri kehidupan mualaf dan fakir miskin di Pulau Mantanani, Kampung Rosok, Kampung Sarang, Kampung Dudar dan Kampung Taburon di sekitar daerah Kota Belud. Lima ekor lembu disembelih untuk diagihkan kepada 60 keluarga mualaf dan fakir miskin selain turut menerima sumbangan keperluan barangan asas.

Gambar 1  Gambar 2

Gambar Kiri : 2 ekor lembu dikorbankan untuk kampung sarang, kampung taburon dan kampung dudar
Gambar Kanan : 3 ekor lembu dikorbankan di Pulau Mantanani

Objektif penganjuran program ini ialah untuk memberi kesedaran dan penghayatan Islam dalam kalangan saudara baru. Selain itu, mewujudkan perhubungan dan rangkaian dakwah secara lebih tersusun dan terarah untuk membentuk kepimpinan pelapis dakwah khususnya dalam kalangan masyarakat tempatan Sabah sekaligus meneruskan usaha Muslim Care.

Antara pengisian yang dijalankan ialah sesi halaqah dan tazkirah bersama penduduk serta kuliah maghrib dan sesi rawatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hadi Ahmad Talhah dari Muslim Care Malaysia Society. Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Pengerusi dari Persatuan Siswazah Sabah.

Dakwahkorban3
Majlis serahan wakaf Tafsir al Quran kpd mualaf kg Rosok

Dakwahkorban4
Serahan sumbangan oleh Ustaz Hadi Talhah

Majlis penangguhan program berkenaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakaria Latif, Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia Society selaku Ketua Misi. Harapan beliau agar program korban ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 Dakwahkorban5 Dakwahkorban7

Dakwahkorban6