saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 10 & 11 Disember 2012 Jakim Cawangan Sabah melalui Unit Dakwah telah mengadakan Bengkel Pemurnian Modul Unit Dakwah 2012 di Likas Square Apartment Hotel, Kota Kinabalu.

bengkel pendakwah1 bengkel pendakwah2

Bengkel ini telah disertai oleh 29 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Unit Dakwah Jakim Cawangan Sabah, Penyelaras Program Dakwah disetiap Pusat Latihan Islam dan Dakwah serta Penggerak-Penggerak Dakwah Jakim Cawangan Sabah.

Objektif bengkel ialah untuk memurnikan modul yang sedia ada bagi mempertingkatkan keberkesanan program dakwah, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta bagi melancarkan pengurusan program serta menyelaras modul-modul yang telah dilaksanakan oleh peserta supaya modul tersebut disatukan agar menjadi lebih mantap dan berkesan. Menilai keberkesanan program-program yang telah dijalankan disamping menganalisis kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam program-program yang telah dilaksanakan.

Antara pemurnian program yang telah dibincangkan dan diselaraskan ialah Program Ziarah Mahabbah, Wacana Minda, Ihya’ Ramadhan dan Korban.

bengkel pendakwah3
Perbincangan dalam kumpulan

bengkel pendakwah4
Sesi pembentangan tugasan kumpulan mengenai tajuk yang diberikan.

Hasil daripada bengkel tersebut satu gerak kerja pengurusan program telah diselaraskan iaitu Carta Aliran Kerja, Kertas Cadangan Program, Deraf Manual Ziarah Mahabbah, Borang Penilaian Program, Borang Kaji Selidik dan Format Laporan Program.

 bengkel pendakwah5