saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

13 Disember 2012, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Sabah telah menganjurkan Program Wacana Minda Siri 12/2012 bertempat di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu. Seramai 200 orang peserta  yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun telah mengikuti program tersebut.

Wacana Minda pada kali ini merupakan penutup bagi tahun 2012. Sebanyak 12 siri Wacana Minda telah dilaksanakan pada tahun 2012 bermula Januari hingga Disember 2012. Program ini disasarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri di Sabah, unit beruniform, badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan, swasta dan pelajar.

wacanaminda1


Objektif program ialah untuk memberi input baru dan nilai tambah kepada masyarakat berkaitan isu semasa, mengukuh penghayatan dan pengamalan masyarakat terhadap ajaran Islam yang sebenar serta memperkaya minda melalui perkongsian ilmu disamping membudayakan majlis ilmu dalam kalangan masyarakat.
 
Penceramah undangan Tuan Haji Ahmad zaki bin Haji Arsad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan tajuk “Integriti Dan Nilai Murni Semai Bibit Bahagia” manakala  penceramah kedua pula ialah Tuan Haji Samin bin Ongki, Pengurus Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan tajuk “Hakikat Kebahagian Dalam Kehidupan”.

wacanaminda2 wacanaminda3
Ceramah disampaikan oleh penceramah undangan
 

Turut hadir Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali, Penolong Pengarah Unit Dakwah mewakili Pengarah Jakim Cawangan Sabah, En. Iskandar bin Ismail, Ketua penolong Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Sabah. Program turut diserikan lagi dengan acara kuiz kepada peserta .

wacanaminda4 wacanaminda5
Penyampaian cenderahati dan hadiah