saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 15, 16 dan 30 Disember 2012, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Kudat, Beluran dan Kuala Penyu telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Saudara baru bertempat di Kampung Pomunsukan, Matunggong, Kampung Tampat Sugut, Beluran dan Kampung Badung, Kuala Penyu.

mahabbah1 mahabbah2

Objektif utama program ialah memberi bimbingan ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain, memberi motivasi dan sokongan moral serta menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Antara pengisian program yang dijalankan ialah perbincangan mengenai tajuk ‘Bersuci’, tazkirah, solat berjemaah, soal jawab agama dan penyampaian sumbangan kepada saudara baru.

mahabbah3 mahabbah4

Majlis perasmian dan tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd. Shamsuri bin Ghazali, Penolong Pengarah Unit Dakwah, Jakim Cawangan Sabah. Turut hadir dalam program tersebut ialah wakil JHEAINS Kudat, JHEAINS Beluran dan JHEAINS Kuala Penyu, pimpinan masyarakat kampung, Penggerak Dakwah serta guru KAFA Jakim Cawangan Sabah.
Sebanyak 50 sumbangan berupa Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan keperluan dapur telah diserahkan kepada saudara baru, warga emas dan ibu tunggal. Hamper juga turut diberikan kepada anak-anak yatim.

mahabbah6

mahabbah5