saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Oleh: Zulwaqar Haji Mumtaz

Dalam artikel buletin sebelum ini,penulis menyentuh isu kejadian Tsunami yang berlaku di Negara Matahari Terbit iaitu Jepun.Ia adalah ujian buat bangsa Jepun yang dilihat sekarang sebagai Negara yang mampu menyaingi kuasa barat.

Pada kesempatan kali ini,penulis ingin berkongsi berkenaan satu fenomena yang semulajadi ciptaan Allah yang Maha Kuasa iaitu fenomena gerhana bulan.

Gerhana Bulan

Gerhana bulan ini adalah tanda kebesaran Allah s.w.t yang mentadbir alam ini.Apabila berlakunya fenomena ini,ada juga dari kalangan manusia yang hanya melihat satu perkara mistik atau ajaib semata-mata tanpa mengakui kebesaran ciptaan Allah s.w.t.

Merujuk kepada makna kusuf dalam al qamus al farid,(ms 100,cetakan Telaga Biru,2009,) Kusuf ini maknanya ih’tijab al dau’i kulluhu au ba’dhohu indama takuna al alrdi bainahu wa baina al samsyu,iaitu terlindung cahaya semuanya atau separuh ketika bumi berada diantara bulan dan matahari serta  dalam bahasa Inggeris gerhana bulan digelar  Moon eclipse .

Terjadinya gerhana bulan ini ialah apabila Bulan pada waktu tertentu dilindungi oleh Bumi maka cahaya matahari tidak terkena pada bulan membuatkan bulan kelihatan gelap seketika.

Dalam perkara ini,fenomena sebaliknya yang biasa berlaku  ialah gerhana matahari yang mana kejadian ini mengakibatkan bumi bergelap seketika kerana bulan telah dilindungi oleh bumi menyebabkan cahaya matahari tidak dapat diterima oleh bumi.

Hebat sungguh kejadian seumpama ini.Hanya yang mampu membuat perkara ini ialah Allah.Maka kita umat Islam perlu mengambil iktibar dan pengajaran atas fenomena ini.Jangan berdiam diri saja wahai kawan,paling kurang ucaplah Allahu Akbar!(Allah maha besar)yang menjadikan bulan dan matahari dan yang paling sunnah, mari  kita bangkit solat Kusuf, iaitu solat yang disunnahkan jika berlakunya gerhana bulan.

Mengikut Kitab Fathu Al bari,bi syarah Shahih Al Bukhari (ms 223,cetakan dar al fikr,Lubnan) yang ditulis oleh Ulama besar,Al Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar Al Asqalani mengatakan :

“Majoriti ulamak mengatakan hukumnya adalah sunnah mu’akkadah (sunnah yang amat dituntut). Tetapi, Abu 'Awanah di dalam shahihnya menyatakan bahawa hukumnya adalah wajib. Aku tidak pernah menemui ulamak yang berpendapat sedemikian selain beliau kecuali apa yang dinukil daripada Malik yang menyamakannya dengan hukum solat Jumaat. Ibn al-Manayyar menukilkan daripada Abu Hanifah bahawa menurutnya hukum solat Gerhana adalah wajib. Demikian juga dinukilkan oleh sebahagian penulis kitab mazhab Hanafi”.

Perbahasan demi perbahasan tentang hukum solat ini dapat kita simpulkan bahawa solat ini adalah solat sunat Muakkad, namun ada juga Ulama yang mengatakan ia wajib dikerjakan apabila terjadi gerhana,maka ia menjadi khilaf  di kalangan ulama dan dengan itu,  kita diberi pilihan untuk melaksanakan ibadah tersebut.

Namun,alangkah  moleknya jika kita cuba mencontohi Rasululllah sa.w. yang turut melaksanakan solat gerhana apabila tiba waktu fenomena tersebut berlaku.

Dalam Kitab Shahih Bukhari,hadis nombor 1041  yang bermaksud :

Dari Qais,ia berkata:Saya mendengar Abu Mas’ud berkata:Nabi s.a.w bersabda : “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian  seseorang dari manusia ,tetapi kedua-duanya(iaitu gerhana bulan dan matahari) ialah  dua tanda dari kesemua tanda-tanda kebesaran Allah.Apabila kamu melihatnya maka berdirilah untuk mengerjakan solat gerhana”.

Bagaimana kaedah solat Gerhana?Ini mungkin soalan kebiasaan kerana ada yang menyangkakan bahawa kaedah solatnya amat susah.

Ketahuilah bahawa solat sunat gerhana ini amat mudah kerana jumhur ulama menyatakan bahawa solat kusuf dilaksanakan dua rakaat, dan empat  kali rukuk (setiap rakaat dulu kali rukuk)serta sujudnya adalah dua kali .

Bagi memudahkan pembaca,kaedah solat gerhana ini sama seperti solat yang lain,cuma yang membezakan ialah rakaat pertama  selepas daripada membaca al fatihah ,surah Al quran  maka kita rukuk,iktidal dan membaca semula Al-Fatihah,surah Al- Quran,rukuk,iktidal seterusnya sujud dan ulangi langkah tadi dirakaat kedua nanti.

Waktu solat gerhana ini adalah daripada waktu berlakunya gerhana sehingga selesai gerhana tersebut dan jika gerhana ini belum tamat,maka kita digalakkan supaya berzikir dan berdoa.

Keistimewaan solat gerhana ini ialah Nabi s.a.w setelah selesai solat terus memberikan khutbah,perkara ini dilaporkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Shahihnya iaitu  hadis nombor 1061 yang bermaksud :

Dari Asma’,ia berkata “setelah Rasulullah s.a.w selesai solat sunat gerhana,sedangkan matahari telah sinar kembali,maka telah berkhutbah maka dengan memuji Allah kerana hanya Allah yang layak menerimanya kemudian Rasulullah s.a.w telah berkata:Amma ba’du.

Dalam penelitian penulis,Nabi s.a.w amat menitik berat dalam solat gerhana ini  sehingga Nabi s.a.w menganjurkan supaya solat ini dilakukan secara berjamaah,dilakukan di masjid,ketika sujud dalam solat ini, Nabi s.a.w sujud lama sedikit serta Nabi s.a.w juga turut berdoa untuk memohon perlindungan kepada Allah dari siksa kubur .

Amalan-amalan lain yang kita dapat lihat yang laporkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Shahihnya ialah banyak berdoa kepada Allah,bertakbir dan bersedekah ketika waktu gerhana dan ada juga disebutkan, Nabi s.a.w memerdekakan hamba ketika waktu gerhana.

Gerhana bulan atau gerhana Matahari ini banyak memberi pengajaran kepada kita sebagai umat Islam.Pertama,fenomena ini menunjukkan bukti kepada kita bahawa kekuasaaan Allah taala meliputi segala sesuatu.Allahu Akbar,Allah maha besar!

Kedua,perkara yang berkaitan dengan bulan apabila dibincangkan ialah memperingatkan kita tentang hari Qiamat.

 

Perkara ini dinyatakan dalam kitabnya berjudul Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,tulisan Sahibul Fadilah Haji Said Haji Ibrahim yang juga merupakan Bekas Mufti Kerajaan Negeri Sabah.Beliau menyatakan bahawa nama-nama lain bagi hari Qiamat iaitu Sa’aah iaitu dipetik dari firman Allah s.w.t dalam surah Al Qamar ayat pertama, yang bermaksud:

 “Telah hampir sa’aah(kedatangan hari qiamat),dan terbelah lah bulan”

Kesimpulan,solat sunat gerhana ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w kepada umat Islam.Diharapkan dengan fenomena ini memberikan kita keinsafan dan iktibar bahawa kuasa Allah s.w.t amat agung dan kita sebagai makhluk perlu yakin bahawa segala yang ada di langit mahupun  di bumi ini mesti ada pencipta yang Maha hebat iaitu Allah s.w.t.