saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Kalender Akademik Diploma Pengajian Islam dan Dakwah

BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TEMPOH
01 Pendaftaran Kursus dan Minggu Taaruf 20-24 Apr 2015  5 hari
02 Pendaftaran Kursus (pelajar lama) 27 Apr 2015 1 hari
03 Kuliah 28 Apr - 10 Jul 2015 12 minggu
04 Cuti Pertengahan Semester 11 - 26 Julai 2015 2 minggu
05 Kuliah 27 Jul - 7 Ogos 2015 2 minggu
06 Minggu Ulangkaji 10 - 14 Ogos 2015 1 minggu
07 Ujian Lisan 17 - 21 Ogos 2015 1 minggu
08 Peperiksaan Akhir Semester 24 Ogos - 4 Sept 2015 2 minggu
09 Cuti Semester 5 Sept - 4 Okt 2015  1 bulan

 

Kalender Akademik Sijil Pengajian Islam dan Dakwah

BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TEMPOH
01 Pendaftaran Kursus 25 Mei 2015 1 hari
02 Kuliah 26 Mei - 10 Jul 2015 7 minggu
03 Cuti Pertengahan Semester 11 -26 Jul 2015 2 minggu
04 Kuliah 27 Jul -11 Sept 2015 7 minggu
05 Minggu Ulangkaji 14 - 16 Sept 2015 3 hari
06 Ujian Lisan 17 - 18 Sept 2015 2 hari
07 Peperiksaan Akhir Semester 21 Sept -2 Okt 2015 2 minggu
08 Cuti Semester 3 Okt - akan dimaklumkan  

 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pelajar Sijil Pengajian Islam dan Dakwah, IPDAS akan menduduki peperiksaan akhir semester seperti ketetapan berikut:

i) UJIAN LISAN: 17-18 September 2015

ii) UJIAN BERTULIS: 21 September - 02 Oktober 2015

 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) atau Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) ini telah dibangunkan pada bulan Oktober tahun 1979.

IMBASAN SEJARAH

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) atau Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) ini telah dibangunkan pada bulan Oktober tahun 1979. Semasa mula beroperasi ianya dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Pada era kerajaan Parti Berjaya menerajui pemerintahan negeri Sabah terdapat ramai penduduk Sabah yang telah memeluk agama Islam tetapi tiada usaha susulan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu tujuan utama pusat ini dibangunkan adalah untuk memberi bimbingan agama kepada golongan muallaf ini.

 panoramalama keningau

Panorama Lama IPDAS Keningau

 

Kemudian mulai bulan Jun tahun 1984, IPDAS telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan dan diuruskan pula oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjalankan operasi yang serupa.Sejarah awal penubuhan pusat ini adalah untuk memberikan bimbingan dan didikan agama Islam kepada masyarakat Sabah yang baru memeluk agama Islam. Sehingga kini matlamat tersebut masih diteruskan bahkan diperluaskan lagi kepada remaja Islam asal.

Jumlah peserta yang berjaya dilatih di pusat ini melebihi 5,000 orang. Lantaran peranannya yang sangat penting itu IPDAS terkenal di seluruh Sabah. Kini hala tuju IPDAS lebih mencabar dalam menempuh era Islam globalisasi. Serentak dengan itu IPDAS melangkah setapak kehadapan untuk menaiktaraf pengajian ke peringkat lebih tinggi setanding dengan keperluan semasa iaitu melaksanakan kursus peringkat Diploma Pengajian Islam & Dakwah dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) JAKIM Cawangan Sarawak.

keningau sekarang

Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau

 

Hasil resolusi Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Pusat-Pusat Latihan Jakim Cawangan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2012 yang dipersetujui oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri Di Jabtan Ketua Menteri Sabah, bermula bulan Mei 2012, IPDAS dijangka akan merekrut pelatih diploma secara sepenuhnya di bangunan IPDAS sendiri tanpa perlu ke IKMAS lagi.

VISI IPDAS

IPDAS membentuk insan beriman yang memahami, merealisasi dan dapat menyebar luas semua aspek ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW 

 

MISI IPDAS

Menyediakan kemudahan pembelajaran bersepadu yang merangkumi ilmu fardu ain, fardu kifayah dan ilmu kemahiran vokasional untuk melahirkan pendakwah yang berketrampilan dan berwibawa.

 

HASIL PEMBELAJARAN

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Diploma Dakwah Islamiyyah – 150 Orang Pelatih  (Terkini Februari 2017)
  • Sijil Pengajian Islam & Dakwah – 202 Orang pelatih (Terkini Februari 2017)
  • Staf Akademik / Pensyarah : – 21 orang (Terkini Februari 2017)
  • Pelatih – 352 orang (Terkini Februari 2017)

kuliahkeningau   ikrar keningau

SYARAT

Muat turun Borang Permohonan Pelajar IPDAS disini

 

Borang yang telah lengkap diisi bolehlah dihantar ke:

Pengambilan Pelajar (SIJIL/DIPLOMA)
Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Jalan Kg. Menawo
Beg Berkunci No.12
89009 Keningau
Sabah

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami ditalian:

087-331868 / fax : 087-336087

 

 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

PROGRAM LATIHAN DA'IE

  • Solat Jumaat/Tarawih
  • Imam/Khatib
  • Latihan Fasilatator
  • Program Muhadharah Mingguan
  • Halaqah Al-Quran
  • Program Ziarah Mahabbah
  • Program Amali Dakwah
  • Ceramah Hari Kebesaran Islam
  • Program Ambang Ramadhan
  • Program Ihya Ramadhan

PROGRAM PENGAJIAN

  • Sijil Pengajian Islam dan Dakwah
  • Diploma Pengajian Islam dan Dakwah

KURSUS/SUBJEK

SIJIL PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH

  • Pengantar Dakwah Islamiah / Metodologi Dakwah / Komunikasi Dakwah / Psikologi Dakwah / Etnik Budaya / Perbandingan Agama / Amali Dakwah / Bahasa Arab / Bahasa Inggeris / Jawi / Kemahiran Komputer

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH

  • Pengantar Dakwah / Komunikasi Dakwah / Metodologi Dakwah / Strategi Dakwah / Psikologi Dakwah / Bahasa Arab / Bahasa Inggeris / Bahasa Kebangsaan / Pengajian Malaysia / Kemahiran Komputer / Amali Dakwah / Tamadun Islam dan Tamadun Asia / Tilawah al-Quran

KURSUS/SUBJEK ELEKTIF

  • Kemahiran Fabrik (Jahitan) / Kemahiran Pemprosesan Makanan

PERLAKSANAAN PROGRAM

SIJIL PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH

  • Program ini dijalankan selama 2 tahun (4 semester)
  • Pembelajaran disampaikan dalam bentuk kuliah dan tutorial

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH

  • Program ini dijalankan selama 2 tahun setengah (5 semester)
  • Pembelajaran disampaikan dalam bentuk kuliah dan tutorial

KURIKULUM

Kurikulum yang digunapakai adalah diambil dari kurikulum yang digubal oleh Bahagian Latihan JAKIM dan telah diubahsuai dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan pelajar di Sabah.

PROGRAM YANG DIADAKAN UNTUK MASYARAKAT LUAR

  • Program Ihya’ Ramadhan
  • Program Iftar Jama'ie
  • Program Pengimarahan Masjid
  • Program Hari Kebesaran Islam
  • Program Raya Merdeka
  • Program Korban
  • Program Anak Angkat
  • Program Ziarah Mahabbah
 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

text