saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

 

Pada 10 -12 Jun 2014 yang lepas, Pusat Latihan Islam telah mengadakan Kursus Pengucapan Awam kepada 38 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan bagi skim Hal Ehwal Islam (HEI) di seluruh negeri Sabah, para kader Jakim dan badan-badan NGO Islam Sabah.

Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan tentang asas pengucapan awam dan meningkatkan kemahiran berucap di hadapan khalayak ramai disamping membentuk individu berkebolehan dan berkamahiran dalam memberi ucapan .

Antara pengisian kursus yang dijalankan ialah slot ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan 'ice breaking'. Para peserta memberikan komitmen yang maksimum kepada setiap aktiviti yang dijalankan. Para fasilitator terdiri daripada pegawai-pegawai takmir masjid ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Kinabalu.

Majlis penangguhan kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Pengetua PLI Kundasang, Ustaz saiful Mukharrom bin Mohd. Tahrir. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan penyampaian sijil kepada para peserta.

 

 IMG 7385

 

IMG 7383

 

IMG 7322

 

IMG 7354

 

IMG 7369

 

 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Berita PLD Kundasang