saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  

Berita PLD Lahad Datu

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON

Pada 14 dan 15 Mei yang lalu, satu Kursus Pengurusan Jenazah Siri 2/2014 telah diadakan di Pusat Latihan Islam Lahad Datu. Kursus dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri daripada imam, kader pos Jakim di hospital dan PDRM, kakitangan hospital dan anggota PDRM dari IPD Lahad Datu.

Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh Ustaz Sudirman bin Moh Saleng, Imam masjid Daerah Lahad Datu dengan pengisian ceramah Tanggungjawab dan Prosedur Menghadapi Kematian, Khurafat Dalam Pengurusan Jenazah dan praktikal memandi, mengkafan dan solat jenazah.

Antara lain, objektif kursus ini ialah memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pengurusan jenazah dan tuntutan menyempurnakannya, meningkatkan kefahaman peserta dalam menguruskan jenazah mengikut hukum syara' dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dan meningkatkan kemahiran para peserta dalam menguruskan jenazah secara tersusun dan teratur.

pengurusan Jenazah1

Peserta khusyuk mendengar ceramah

Pengurusan Jenazah

Praktikal kumpulan

 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
 
Jakim melalui Bahagian Dakwah telah bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah, Jabatan Pendidikan Sarawak, Jabatan Pendidikan Sabah, Jakim Sabah dan Jakim Sarawak telah menganjurkan program Multaqa Guru-Guru Agama Peringkat Negeri Sabah dan Sarawak yang berlangsung 2 dan 9 November 2013.
 
 
Program ini hasil cetusan idea YBhg Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin dan menjadi KPI bagi Bahagian Dakwah. Multaqa ini menggariskan beberapa objektif antaranya untuk menjadikan Guru-Guru Agama di Sabah dan Sarawak sebagai kader dakwah yang akan menyampaikan dakwah kepada masyarakat secara lebih dekat.
 
Program ini turut mendapat perhatian oleh YB Ir Haji Daud Bin ABd Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri yang sudi hadir merasmikan program ini di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching. YB Haji Daud di dalam ucapannya menghargai usaha baik penganjur yang proaktif untuk membantu mempercepatkan perkembangan dan pembangunan Islam khususnya di wilayah Borneo Sabah dan Sarawak.
 
Multaqa ini telah berjaya menghimpunkan 500 orang Guru-Guru Agama di Negeri Sabah dan 500 orang Guru-Guru Agama di Negeri Sarawak. Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan oleh para pembentang yang berkaliber dan menampilkan isu-isu semasa berkaitan Islam. Semoga usaha ini akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
 
 
  1. Multaqa Guru-Guru Agama Peringkat Negeri Sabah
Tarikh              : 2 November 2013
Tempat            : Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu.
 
Kertas Kerja 1
“Isu Kalimah Allah : Isu dan Cabaran”
Oleh : YBhg Ust Mohd Rasyidi Bin Jamil (Bhgn Penyelidikan, Jakim)
 
Kertas Kerja 2
“Pendedahan Penyelewangan Syiah di Malaysia”
Oleh : YBhg Ust Jamali Bin Mohd Adnan (Bhgn Penyelidikan, JAIS)
 
Forum
“Guru Sebagai Daie dan Murabbi”
Oleh : Tuan Haji Samin Haji Ongki (YADIM, Sabah) & Ust Norjili Mohd Dais (Jakim Sabah)
 
  1. Multaqa Guru-Guru Agama Peringkat Negeri Sarawak
Tarikh              : 9 November 2013
Tempat            : Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching, Sarawak.
 
Kertas Kerja 1
“Ancaman Kristianisasi di Malaysia : Isu & Cabaran”
Oleh : YBhg Tuan Haji Abdul Karim Omar (MUAFAKAT)
 
Kertas Kerja 2
“Pendedahan Penyelewangan Syiah di Malaysia”
Oleh : YBhg Ust Jamali Bin Mohd Adnan (Bhgn Penyelidikan, JAIS)
 
Kertas Kerja 3
“Guru Sebagai Daie dan Murabbi”
Oleh : Ybhg Prof Dato Dr Abdul Halim Tamuri (Rektor, KUIS)
 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
 
Jakim Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Sabah tahun 2013 pada 26 hingga 27 Oktober 2013 bertempat di Likas Square dan Auditorium KPKPS. Majlis Ihtifal ini disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Haji Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah Ustaz Azizan Bin Mohamad, Bahagian Kemajuan Islam (BKI) Jakim dan Ustaz Halim Bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah.
 
Majlis ini dimulakan dengan pertandingan ko-kurikulum. Peserta terdiri daripada murid-murid mewakili 6 Bahagian dari Seluruh Sabah iaitu Bahagian Tawau, Sandakan, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah yang sebelum itu telah memenangi acara masing-masing diperingkat Bahagian. Acara-acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Syarahan, Khat dan Nasyid untuk kategori murid lelaki dan perempuan.
 
Kemuncak bagi acara ini ialah penyampaian hadiah kepada pemenang. Johan Tilawah lelaki ialah adik Ahmad bin Mohamad mewakili Bahagian Sandakan dan Johan perempuan ialah adik Aini Nur Aqilah Zabidi dari Bahagian Pantai Barat Selatan. Bagi acara Syarahan, Johan lelaki ialah adik  Rafizi Ilhan Lee Bin Ramli dan Johan bagi perempuan ialah Izzdiyani Irnatasha kedua-duanya mewakili Pantai Barat Utara disusuli Pertandingan Khat lelaki Johan ialah adik Mohd Asyraf Faiman Bin Husain dari Bahagian Pedalaman Bawah dan Johan perempuan ialah adik Nur Alisha Binti Madlan dari Bahagian Pedalaman Atas.
 
Bagi acara Nasyid lelaki dimenangi oleh kumpulan Soutul Faez dari Bahagian Pantai Barat Utara dan Johan Nasyid perempuan dari kumpulan Nur Nazihah dari Bahagian Sandakan. Bahagian Pantai Barat Utara pula telah diumumkan sebagai Bahagian Terbaik kerana telah memenangi 3 dari keseluruhan acara yang dipertandingkan. Semua peserta yang menang akan mewakili Sabah ke Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah.
 
 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
 
 
24 Nov 2013 (Ahad) – JAKIM melalui Bahagian Dakwah bersama Yayasan Taqwa, MAIWP telah mengadakan Program Ekspedisi Hijrah Dakwah Bil Hal Ke Nabawan Sabah 1435H bertempat di Tapak Tamu, Nabawan dalam daerah Keningau, Sabah. Program ini juga mendapat kerjasama erat daripada Jakim Cawangan Sabah, JAHEINS, Pejabat Daerah Nabawan, Majlis Daerah Nabawan, YADIM Zon Sabah, PPD Nabawan, PDRM, Jabatan Penerangan Keningau, RELA dan Pusat Zakat Sabah.
 
 
 
Program ini merupakan kesinambungan program pada 2012 yang telah dilaksanakan di daerah Pitas, Sabah. Majlis ini turut disertai oleh peserta Kembara Hijrah 2013.
 
Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Ariffin Bin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak JAKIM kerana memilih daerah Nabawan sebagai destinasi Ekspedisi Hijrah Dakwah Bil Hal pada tahun ini. Beliau mengharapkan program ini menjadi acara tahunan untuk destinasi terpilih di negeri Sabah.  
 
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Ali Bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah, YBhg Ustaz Mohd Sidiq Bin Awang Adi, Timbalan Pengarah JAHEINS, YBhg Ustaz Halim Bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, YBhg Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa dan Tuan Rancong Amin, Penolong Pegawai Daerah Nabawan.
 
Majlis dimulakan dengan forum bertajuk “Hijrah Dalam Konteks Kemerdekaan” yang dipengerusikan oleh Ustaz Shamsuri Bin Ghazali, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Ahli panel pula terdiri daripada Ustaz Norjeli Bin Haji Dais, Penolong Pengarah Kanan Jakim Sabah dan Ustazah Lilis Mulyani Maamun, Penolong Pengarah JAHEINS.
 
Turut disampaikan bantuan persekolahan, sumbangan daging lembu dan keperluan dapur yang telah disumbangkan oleh pihak Yayasan Taqwa.
 
Rata-rata yang hadir begitu teruja dan gembira dengan kesudian pihak Jakim khususnya memilih Nabawan sebagai destinasi untuk program pada tahun ini. Semoga sinar Islam terus berkembang di bumi Negeri Di Bawah Bayu.