saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  

Berita PLD Kudat

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

 

Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Dakwah Kudat Jakim Cawangan Sabah kali ke 20

Pada 19 November 2016M / 19 Muharam 1438H Pusat Latihan Dakwah Kudat Jakim Cawangan Sabah telah menganjurkan Majlis Konvokesyen Kali Ke-20 di Dewan Serbaguna PLD Kudat. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman Ketua Menteri Negeri Sabah dan turut dihadiri oleh YBhg Tan Sri Dato’ Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 Seramai 186 orang pelatih terdiri daripada 93 lelaki dan 93 perempuan menerima Sijil Asas Pengajian Islam dan Dakwah (SAPID). Manakala seramai 5 orang pelatih telah dipilih melalui jawatankuasa khas untuk menerima Anugerah Khas yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah.

 5 kategori tersebut adalah:

            1.         Anugerah Khas Ketua Menteri Sabah.

            2.         Anugerah Khas Ketua Pengarah Jakim.

            3.         Anugerah Khas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

            4.         Anugerah Khas Pengarah Jakim Cawangan Sabah.

            5.         Anugerah Khas Pengetua Pusat Latihan Dakwah Kudat

Majlis Konvokesyen Kali Ke-20 ini juga diraikan oleh tetamu-tetamu kehormat terdiri dari pengarah-pengarah bahagian Jakim, ketua-ketua jabatan/agensi Daerah Kudat dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menyampaikan sijil dan anugerah tetapi juga dapat mengeratkan hubungan Pusat Latihan Dakwah Kudat dengan jabatan/agensi serta masyarakat sekitar.

Konvokesyen ke 20 PLD Kudat 1

Konvokesyen ke 20 PLD Kudat 2

 
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

PERSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT (PLDK) JAKIM CAWANGAN SABAH

Pusat Latihan Dakwah Kudat (PLDK) ditubuhkan pada tahun 1984. Ia merupakan pusat Latihan yang berorentasikan akademik dan kokurikulum. Seramai 200 pelatih belajar di pusat Ini. 100 lelaki dan 100 perempuan. Sebahagian besar pelatih adalah muallaf dari seluruh daerah di negeri Sabah.

Pusat Latihan Dakwah Kudat mula melaksanakan EKSA pada 16 Oktober 2015. Moto EKSA PLD Kudat adalah "Bersih, Betul dan Berseri". Tujuan utama pelaksanaan EKSA adalah bagi meningkatkan mutu/ kualiti perkhidmatan Pusat ini. Seluruh warga PLD Kudat bersatu hati melaksanakan EKSA dengan penuh bersemangat. Mereka melalui beberapa kali audit dalam dan luar PLDK. Sehingga pada 18 September PLDK dan warga sangat gembira dengan sepenuhnya berjaya mendapat persijilan EKSA dari pihak MAMPU Cawangan Sabah.

Eksa 1

Eksa_2.jpg - 54.25 KB

13239192_10206204405685323_950231587782597311_n.jpg - 73.80 KB