AMALI DAKWAH DEKAT DI HATI - TAMBUNAN
TARIKH: 25hb November - 01hb Disember 2016
Projek: Semester 4 Program Sijil Pengajian Islam dan Dakwah
Seramai 67 orang pelajar bersama 3 orang pensyarah (ustaz Azrulnizam, Ustazah Jundia Ali, Ustazah Noorlina) terlibat secara langsung untuk program AMALI DAKWAH Dekat Di Hati. Kali ini program diadakan di Kg. Kuala Monsok, Tambunan selama 4 hari 3 malam.
Antara program yang diadakan sepanjang berada di Kg. Kuala Monsok, Tambunan ialah khidmat masyarakat, sukaneka bersama masyarakat kampung, ziarah mahabbah dan berbagai-bagai lagi program.
Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Norjeli Bin Haji Dais (Pengetua Institut Pengajian Isldam & Dakwah Sabah) IPDAS sendiri. Kehadiran masyarakat kampung Kuala Monsok adalah amat mengalakkan.

