CERAMAH PERDANA SEMPENA ISRAK MIKRAJ DI MASJID HAJI NOOR, KAMPUNG SERUSOP, TUARAN

CERAMAH PERDANA SEMPENA ISRAK MIKRAJ DI MASJID HAJI NOOR, KAMPUNG SERUSOP, TUARAN

CERAMAH PERDANA SEMPENA ISRAK MIKRAJ DI MASJID HAJI NOOR, KAMPUNG SERUSOP, TUARAN

29 Januari 2026 (Khamis) – JAKIM Sabah dengan kerjasama Masjid Haji Noor, Kampung Serusop telah menganjurkan Ceramah Perdana Sempena Israk Mikraj sebagai wadah pengisian rohani dan penghayatan terhadap peristiwa agung dalam sejarah Islam.

Ceramah yang bertajuk “Menghayati Israk Mikraj dalam Membina Kesungguhan Ramadan” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud, yang menekankan kepentingan peristiwa Israk Mikraj sebagai sumber kekuatan iman dan persediaan rohani dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Norjeli bin Hj. Dais, Pengerusi Masjid Haji Noor, YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah, serta Ustazah Nor Diyana binti Mohamed Rais, Ketua Unit Pengurusan Dakwah JAKIM Sabah. Kehadiran para pimpinan dan masyarakat setempat telah menyemarakkan lagi penganjuran program yang sarat dengan pengisian ilmu dan hikmah ini.

Semoga penganjuran ceramah ini dapat memperkukuh kefahaman, meningkatkan penghayatan ibadah serta menyemai kesungguhan dalam mempersiapkan diri menyambut Ramadan dengan lebih bermakna.

#UnitPengurusanDakwah

#TerusMenaburBakti

#IslamMekardiBumiMalaysia

#MadaniMembantu

#MalaysiaMadani

Pin It
Image

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan SABAH,
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88400 KOTA KINABALU SABAH.

Tel : 088-488 641/642
Fax : 088-488 645
Email : jakimsabah@islam.gov.my

Total Visitors :

000133428
This Month: 1,108
Last Month: 1,001

Latest Update :

  •  Friday 30 January 2026 

Disclaimer : The Islamic Development Department of Malaysia, Sabah Branch is not responsible for any loss or damage caused by using the information on this page.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.