MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH JAKIM SABAH BERSAMA UNIT PENGURUSAN JAKIM SABAH BERSAMA UNIT PENGURUSAN DAKWAH PERKUKUH SEMANGAT, MEMPERERAT UKHWAH.

ABABAYAN PIRUBAAN POTUNED JAKIM SABAH MIAMPAI BOGIAN PONGULUDAN DAKWAH, POPOGIROT SUNDUAN POPOGIROT PIOBPINAIAN. 

24 November 2025 (Isnin) - Satu Majlis Perjumpaan Pengarah JAKIM Sabah bersama Unit Pengurusan Dakwah telah berlangsung dengan tujuan utama untuk mendengar amanat kepimpinan serta memperkukuh hubungan silaturahim antara Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK) JAKIM Sabah.

Majlis ini dipimpin oleh YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah. Majlis turut diserikan dengan serahan Peta Daerah kepada para penggerak sebagai rujukan rsmi dalam pelaksanaan tugasan lapangan di seluruh Sabah. Selain itu, turut diadakan serahan bahan mengajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) bagi memantapkan kaedah penyampaian ilmu dan kefahaman asas agama kepada komuniti sasaran. Lagu Skuad Dakwah JAKIM Sabah turut dilancarkan dalam majlis Sabah kepada semua barisan PMSK dan PMOA.

Turut hadir ialah Ustazah Nor Diyana binti Mohamed Rais, Ketua Unit Pengurusan Dakwah JAKIM Sabah, bersama barisan PMSK dan PMOA JAKIM Sabah.

Kehadiran semua pegawai dan penggerak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan kesepaduan pasukan demi membantu kelancaran pelaksanaan agenda dakwah seluruh daerah di Sabah seiring dengan agensi agama Islam negeri.

#JAKIMSabah

#JAKIMUntukUmmah

#IslamMekarDiBumiMalaysia

#PelanAlFalah

#MalaysiaMadani

Pin It
Image

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan SABAH,
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88400 KOTA KINABALU SABAH.

Tel : 088-488 641/642
Fax : 088-488 645
Email : jakimsabah@islam.gov.my

Total Visitors :

000133433
This Month: 1,113
Last Month: 1,001

Latest Update :

  •  Friday 30 January 2026 

Disclaimer : The Islamic Development Department of Malaysia, Sabah Branch is not responsible for any loss or damage caused by using the information on this page.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.