PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN PASCA BANJIR SKUAD IHSAN MADANI DI DAERAH BEAUFORT

PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN PASCA BANJIR SKUAD IHSAN MADANI DI DAERAH BEAUFORT

22 Januari 2026 (Khamis) – JAKIM Sabah turut bekerjasama mengatur pelaksanaan Program Penyampaian Bantuan Pasca Banjir Skuad Ihsan Madani di Daerah Beaufort sebagai satu inisiatif menyantuni dan meringankan beban mangsa bencana banjir yang terkesan.

Majlis penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah; YBrs. Encik Faizal bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, JAKIM Putrajaya.

Turut hadir ialah ketua-ketua dan wakil agensi daripada Yayasan Taqwa MAIWP, YAPEIM, Tabung Haji, YADIM Negeri Sabah, Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Beaufort (JPKA Beaufort), Pejabat Daerah Beaufort, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Pejabat Zakat MUIS Daerah Beaufort, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), pemimpin-pemimpin masyarakat serta Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK), Unit Pengurusan Dakwah JAKIM Sabah.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan agensi-agensi Islam dalam memperkukuh nilai kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang kepada masyarakat yang terkesan dengan musibah, selari dengan aspirasi Malaysia Madani. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

#UnitPengurusanDakwah

#TerusMenaburBakti

#IslamMekardiBumiMalaysia

#MadaniMembantu

#MalaysiaMadani

Pin It
Image

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan SABAH,
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88400 KOTA KINABALU SABAH.

Tel : 088-488 641/642
Fax : 088-488 645
Email : jakimsabah@islam.gov.my

Total Visitors :

000133428
This Month: 1,108
Last Month: 1,001

Latest Update :

  •  Friday 30 January 2026 

Disclaimer : The Islamic Development Department of Malaysia, Sabah Branch is not responsible for any loss or damage caused by using the information on this page.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.