YBTM SENATOR MARHAMAH ROSLI LUANG MASA BERSAMA AGENSI AGAMA PERSEKUTUAN SABAH

YBTM SENATOR MARHAMAH ROSLI LUANG MASA BERSAMA AGENSI AGAMA PERSEKUTUAN DI SABAH 

Kota Kinabalu, Sabah | 19 Disember 2025 – Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Puan Marhamah binti Rosli telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 19 Disember 2025 bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau ke Negeri Sabah.

Sejurus ketibaan, YB Timbalan Menteri telah meluangkan masa menghadiri sesi pertemuan dan taklimat bersama Agensi Agama Persekutuan di Sabah sebagai platform memperkukuh kerjasama strategik, penyelarasan program serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Antara agensi yang terlibat dalam sesi tersebut ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Sabah, Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Tabung Haji Negeri Sabah serta Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Dr. Baharudin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah, Tuan Mohd Tablin bin Sahri, Pengarah YADIM Negeri Sabah serta Tuan Haji Yusdi bin Haji Nasip, Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, bersama wakil daripada agensi-agensi lain.

Sesi pertemuan ini memberi ruang kepada YB Timbalan Menteri untuk mendapatkan gambaran secara langsung berkaitan pelaksanaan fungsi, cabaran serta inisiatif semasa agensi-agensi agama persekutuan di Sabah, di samping bertukar pandangan mengenai usaha memperkasa dakwah, pendidikan Islam, kebajikan ummah dan pengurusan hal ehwal Islam secara bersepadu.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan penyelarasan yang lebih efektif antara agensi-agensi agama persekutuan di peringkat negeri, khususnya di Sabah, demi memperkukuh pembangunan ummah dan kesejahteraan masyarakat Islam.

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja

600352267 1234662271915228 391266320854499837 n

Pin It
Image

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan SABAH,
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88400 KOTA KINABALU SABAH.

Tel : 088-488 641/642
Fax : 088-488 645
Email : jakimsabah@islam.gov.my

Total Visitors :

000133433
This Month: 1,113
Last Month: 1,001

Latest Update :

  •  Friday 30 January 2026 

Disclaimer : The Islamic Development Department of Malaysia, Sabah Branch is not responsible for any loss or damage caused by using the information on this page.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.