KURSUS INNOVATIVE WORKSHOP;REKA BENTUK ITEM BERIMPAK TINGGI 1.0 SIRI 1/2026
27-29 Januari 2026 – Unit KAFA JAKIM Sabah dengan Kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah mengadakan Kursus Innovative Workshop;Reka bentuk Item berimpak tinggi 1.0 Siri 1 Tahun 2026 bertempat di ILIM Kampus Kundasang. Seramai 38 orang guru dari daerah Putatan, Papar, Tuaran, Tamparuli, Ranau, Ranau, Tambunan dan Keningau yang terlibat dalam kursus ini.
Objektif kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan Latihan serta nilai tambah dalam aspek pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan pembinaan Item. Ianya juga sebagai satu panduan dan kaedah kepada Guru dalam membina soalan yang seragam untuk digunapakai di seluruh daerah. Antara pengisian di dalam kursus ini isalah, kursus Penilaian dan Pentaksiran dalam Pendidikan Islam, Bentuk-bentuk pentaksiran, Pentaksiran bilik darjah, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Pembinaan dan penstrukturan JSU.
Pengisian didalam kursus ini disampaikan oleh Ustaz Haji Abdullah bin Haji Atu, Ustazah Hamidah binti Usman dan Ustazah Dayang Bahyia binti Suhaibun dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.
