PENGLIBATAN JAKIM SABAH MENERUSI PEMBUKAAN RERUAI PAMERAN SEMPENA PROGRAM "MELANGKAH BERSAMA MADANI: WANITA BERIMAN, WANITA BERTAHAN"

PENGLIBATAN JAKIM SABAH MENERUSI PEMBUKAAN RERUAI PAMERAN SEMPENA PROGRAM "MELANGKAH BERSAMA MADANI: WANITA BERIMAN, WANITA BERTAHAN"

KOTA KINABALU, 13 Jun 2026 (Sabtu) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah terus komited dalam menyantuni masyarakat setempat menerusi pembukaan reruai pameran bersempena Program "Melangkah Bersama Madani: Wanita Beriman, Wanita Bertahan". Program berskala besar ini dianjurkan oleh Pejabat YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.

Penglibatan JAKIM Sabah dalam program ini merupakan satu langkah proaktif agensi untuk mendekati warga komuniti, khususnya golongan wanita dan para pengunjung yang hadir. Pembukaan reruai ini bukan sahaja bertujuan untuk memeriahkan suasana program, malah bertindak sebagai pusat rujukan interaktif bagi menyebarluaskan ilmu serta perkhidmatan hal ehwal Islam secara terus kepada masyarakat.

Sepanjang program berlangsung, reruai pameran JAKIM Sabah telah menarik perhatian ramai pengunjung dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik.

Antara tarikan utama termasukla aktiviti Kuiz Agama yang bertujuan menguji kefahaman asas agama, sekali gus menyuntik elemen didik hibur (edutainment) kepada pengunjung. Buku-buku ilmiah turut diedarkan secara percuma sebagai usaha berterusan memperkasakan budaya membaca dan penyebaran ilmu. Di samping itu, pengunjung berpeluang mengimbas kod QR yang disediakan untuk akses pantas kepada e-book Ponontudukan Ku (Panduan Ku) yang memudahkan pemahaman tentang ibadah solat dengan lebih praktikal.

Kehadiran para pengunjung yang memenuhi ruangan reruai bagi menyertai aktiviti serta mendapatkan bahan rujukan yang disediakan membuktikan impak positif daripada pengisian yang dibawakan oleh JAKIM Sabah.

Dalam pada itu, pihak JAKIM Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan serta penyediaan ruang pameran ini. Kerjasama strategik antara agensi agama dan pihak kementerian seperti ini dilihat sebagai platform terbaik dalam memperkukuh pegangan agama, memperkasakan peranan wanita Madani, serta mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama komuniti.

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan mencapai objektif utama dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman, dan berdaya tahan.

#JAKIMSabah
#JAKIMUntukUmmah
#TerusMenaburBakti
#MalaysiaMadani
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam
#KitaKawan

Pin It
Image

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan SABAH,
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88400 KOTA KINABALU SABAH.

Tel : 088-488 641/642
Faks : 088-488 645
Emel : jakimsabah@islam.gov.my

Jumlah Pelawat :

000137515
This Month: 464
Last Month: 823

Kemaskini Terkini :

  •  Khamis 18 Jun 2026 

Penafian : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.