PROGRAM TAUTAN SIHAT MADANI 2026 JAKIM CAWANGAN SABAH

PROGRAM TAUTAN SIHAT MADANI 2026 JAKIM CAWANGAN SABAH

10 Januari 2026 (Sabtu) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah melalui Kelab Kebajikan dan Sosial (KASIH) JAKIM Sabah telah menganjurkan Program Tautan Sihat MADANI 2026 bertempat di My Bowl, 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Program ini merupakan inisiatif jabatan dalam memastikan kesejahteraan warga kerja sentiasa terjaga melalui pengisian yang seimbang antara aktiviti riadah dan bimbingan kerohanian.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Nur Amirul Izats bin Mohd Arif.

Satu sesi tazkirah khas bertajuk "Kepentingan Menjaga Kesihatan Mental dan Fizikal Menurut Islam" telah disampaikan oleh Ustaz Hairumi bin Hussin. Pengisian ini menekankan peri pentingnya tubuh yang sihat dan minda yang tenang dalam memantapkan kualiti kerja serta ibadah.

Acara diteruskan dengan aktiviti bowling secara berkumpulan. Selain memupuk gaya hidup aktif, aktiviti ini bertujuan memperkukuh semangat kerja berpasukan dan ukhuwah antara kakitangan.

Pihak penganjur berharap agar program ini menjadi titik tolak kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan berterusan buat seluruh warga JAKIM Sabah.

#JAKIMSabah

#KelabKebajikandanSosial(KASIH)

#TautanSihatMADANI2026

#KesihatanMentalFizikal

#MalaysiaMADANI

 

Pin It
Image

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan SABAH,
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88400 KOTA KINABALU SABAH.

Tel : 088-488 641/642
Faks : 088-488 645
Emel : jakimsabah@islam.gov.my

Jumlah Pelawat :

000133419
This Month: 1,099
Last Month: 1,001

Kemaskini Terkini :

  •  Jumaat 30 Januari 2026 

Penafian : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.