JAKIM SABAH MENYANTUNI WARGA PENJARA

Prospek perlu disantuni agar mereka tidak merasa tersisih di pandangan masyarakat.

Menyedari perkara ini, bagi meningkatkan keyakinan diri secara rohani dan jasmani ,mewujudkan kecintaan dan istiqomah dengan penghayatan dan amalan mengikut acuan syariat Islam dan mengukuhkan serta memantapkan Akidah mereka agar bersedia menghadapi cabaran yang mendatang ketika kembali bersama masyakat, JAKIM Sabah dengan kerjasama Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan program Bengkel Pemantapan Akidah pada 22 dan 23 Oktober 2024 (Selasa & Rabu) di Penjara Wanita Kota Kinabalu Sabah.

Seramai 50 orang prospek yang mengikuti program tersebut yang dipimpin dan dibimbing oleh fasilitator daripada Kader JAKIM, Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK) ,Guru Takmir dan Kakitangan JAKIM Sabah sendiri serta dibantu oleh pelajar Latihan industri.

Penagguhan Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Pengarah JAKIM Sabah. Turut hadir bersama Timbalan Prnguasa Penjara (TPP) Puan Rosliza binti Ishak Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kotak Kinabalu dan Timbalan Penguasa Penjara (TPP) Dida Ayu binti Ab Hamid.

Semoga program ini mencapai objektif dan memberi manfaat kepada prospek serta program seumpama ini dapat diteruskan lagi disamping mempelbagaikan lagi program kepada golongan sasar masa akan datang.

#UnitPenyelidikan
#TerusMenaburBakti
#JAKIMSejiwa
#PelanAlFalah
#MalaysiaMadani

Pin It
Image

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan SABAH,
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88400 KOTA KINABALU SABAH.

Tel : 088-488 641/642
Fax : 088-488 645
Email : jakimsabah@islam.gov.my

Total Visitors :

000123784

Latest Update :

  •  Monday 28 October 2024 

Disclaimer : The Islamic Development Department of Malaysia, Sabah Branch is not responsible for any loss or damage caused by using the information on this page.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.