Program Bicara Madani : Emansipasi OKU

6307469790314349706

Kota Kinabalu. 11 September 2024 : Institut Latihan Islam Malaysia dengan kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Sabah dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah telah berjaya melaksanakan satu Program Bicara Madani : Emansipasi OKU bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (KPKPS) Kota Kinabalu yang mana melibatkan kakitangan awam negeri dan persekutuan Sabah, pelajar IPG serta badan NGO yang bernaung dibawah kerajaan negeri Sabah.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan penjelasan kepada para peserta berkaitan hakikat ketidakupayaan menurut Perspektif Islam dan Maqasid Syariah, menerangkan peranan dan sumbangan agensi dan masyarakat terutama golongan PHEI dalam memastikan kelestarian pembangunan dan kesejahteraan hidup komuniti OKU serta dapat mempraktikkan kaedah dan teknik berkesan dalam menyantuni OKU dalam urusan pembelajaran agama.

Sepanjang program tersebut, para peserta telah dibentangkan dengan tiga kertas kerja oleh tiga orang panel iaitu :

1. DR FAZLULAINI BINTI MOHD YUNUS
    PENOLONG PENGARAH KANAN ILIM.
    TAJUK : INOVASI INKLUSIF i-SIGN: PERANAN ILIM.

2. PROF. MADYA DR HAJI NORAKYAIREE MOHD RAUS
    PENGARAH, PUSAT PENYELIDIKAN IBNU UMMI MAKTUM, USIM
    TAJUK : MESEJ 'ABASA

3. YBHG DR SITI FATIMAH MOHD TAWIL
    PENYELARAS, BAHAGIAN PERKHIDMATAN OKU, USIM
    TAJUK : JIWA KHIDMAT

Majlis perasmian dan penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) negeri Sabah.

Semoga program seumpama ini akan dapat dteruskan dimasa akan datang demi memartabatkan Islam dan menyemai kasih sayang kepada golongan OKU ini.

#institutlatihanislammalaysiakampuskundasang
#ingatlatihaningatilim
#menjanakecemerlangan

 

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/ZTSmtaE3pychqs5P/?mibextid=oFDknk

Pin It
Image

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan SABAH,
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88400 KOTA KINABALU SABAH.

Tel : 088-488 641/642
Fax : 088-488 645
Email : jakimsabah@islam.gov.my

Total Visitors :

000123784

Latest Update :

  •  Monday 28 October 2024 

Disclaimer : The Islamic Development Department of Malaysia, Sabah Branch is not responsible for any loss or damage caused by using the information on this page.
Best View : Using the latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari or similar with a resolution of 1366 x 768 and above.