Unit ini bertanggungjawab melaksanakan komunikasi strategik antara agensi negeri dan persekutuan khususnya dalam pengurusan program yang melibatkan lawatan, penyelarasan program dan penyaluran informasi melalui media sosial dan media cetak, serta melaksanakan inovasi JAKIM Sabah.
Fungsi
Membina, mengukuh dan memperluaskan jaringan komunikasi Strategik JAKIM Sabah dengan pelbagai agensi negeri dan persekutuan secara menyeluruh dan berkesan.
Memastikan imej korporat JAKIM Sabah terus positif melalui strategi perhubungan awam dan komunikasi strategik yang teratur.
Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak.
Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan JAKIM Sabah diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki
Merancang dan melaksana kandungan media sosial JAKIM Sabah sebagai medium dakwah yang memenuhi keperluan pelbagai etnik di negeri Sabah.
Ahli Unit
BIL | NAMA | JAWATAN |
---|---|---|
1. | NOORDIANAH BINTI ALWI | PENOLONG PENGARAH KANAN |
2. | AIN NATASYAH SYAHIRA BINTI ARBAH | PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM |
3. | NURUL HIDAYAH BINTI LAMRAN | MySTEP |