Unit ini bertanggungjawab merancang dan mengurus pelaksanaan program dakwah JAKIM Sabah. Objektif utama unit ini ialah memastikan ajaran dan penghayatan Islam tersebar kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Sabah melalui kursus, seminar, bengkel dan ceramah yang dijalankan. Unit ini juga menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha meningkatkan syiar Islam di Negeri Sabah khususnya.
Fungsi
Menyebarkan Dakwah Islamiah mengenai keindahan Islam melalui program-program yang dijalankan dalam kalangan masyarakat.
Melaksanakan program dengan pelbagai pengisian di kampung-kampung pedalaman Sabah.
Melaksanakan kerjasama strategik bersama agensi negeri dalam penganjuran program dan seminar hari-hari kebesaran Islam, ceramah perdana dan pelbagai seminar.
Melaksanakan Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) di seluruh Negeri Sabah.
