14 September 2024 (Sabtu) - JAKIM Sabah melalui Unit KAFA telah melaksanakan Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Program ini melibatkan 6 acara pertandingan iaitu Tilawah Al Quran, hafazan, bercerita kisah Al Quran, tulisan khat, tulisan jawi dan pertandingan nasyid.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ruslan Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah. Syabas diucapkan kepada semua pemenang yang akan mewakili kontinjen KAFA Sabah ke Ihtifal KAFA Kebangsaan 2024. Semoga terus maju jaya.
#KAFASabah
#terusmenaburbakti
#JAKIMSejiwa
#PelanAlFalah
#MalaysiaMadani