Semporna , Sabah, 17 Ogos 2024 (Sabtu) - YBrs. Dr. Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan Bakul Kasih Rahmah Madani kepada 350 buah keluarga di sekitar Pulau Pababag, Pulau Bait dan Kg Lihak-lihak, Semporna.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah YBrs. Dr. Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, YBhg. Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Pengarah JAKIM Sabah dan YBrs. Tuan Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak.